Wednesday, July 1, 2009

Laksa 50 sen penuh semangkuk.

Zaman sekarang ni masih ada ke laksa berharga 50 sen? Selalu kita dengar laksa paling murah pun RM1.50 hingga RM3.50.
Sebenarnya semua tu tak mustahil dan buktinya masih ada di Taman Kenari, Kulim, Kedah. Mak Cik Nab atau
lebih dikenali sebagai Mak Cik Laksa adalah nama yang tidak asing lagi di sini. Perniagaan yang berjalan secara
kecil-kecilan ini masih utuh sejak tahun 2002.Walaupun telah bertahun bertapak,namun rasa dan harga masih sama.
"Kenapa mak cik tak naikkan harga?" soal salah seorang pelanggan. "Jual murah macam ni pun dah ada untung,
lagipun mak cik suka ramai pelanggan rasa masakan mak cik. Kalau jual mahal tak ramailah yang datang." Dengan
tersenyum, beliau terus membungkus laksa yang di pesan.

Ada banyak kisah disebalik pelanggan-pelanggan beliau. Salah seorang dari mereka merupakan pelanggan tetap sejak di dalam
rahim ibu lagi.Kini kanak-kanak tersebut telah masuk darjah satu di sekolah berdekatan. Warung Mak Cik Laksa di jadikan
persinggahan sebelum pulang ke rumah. Berbekalkan wang saku kurang dari RM1.00, kanak-kanak tersebut dapat menikmati laksa.
Ramai juga pelanggan yang merajuk jika warung Mak Cik Laksa di tutup.

Walaupun beliau lebih dikenali dengan jualan laksa, ada juga pelanggan yang meminta beliau untuk menguruskan makanan lain
untuk majlis-majlis tertentu antaranya majlis perpisahan, kenduri arwah, dan kenduri kesyukuran. Kini laksa beliau menjadi kegilaan bagi
dijadikan makanan sampingan untuk kenduri perkahwinan. Insyaallah mungkin jika ada rezeki beliau akan membuka catering sendiri.

Dan dengan laksa 50 sen inilah saya dapat menamatkan pengajian di Cosmopoint Sungai Petani. Terima kasih mak......

Untuk tempahan sila hubungi:
012-5448191 (Pak Long)
(sekitar kulim dan kawasan berdekatan sahaja)


atau email ke:
faizol88@gmail.com

No comments:

Post a Comment