Thursday, July 9, 2009

ANTARA PAKATAN RAKYAT, BN, DAN BABI

Diluar sana orang asyik kecoh pasal selsema babi. Tapi di Malaysia, kerana babi, kerajaan Kedah hampir berpecah. Ternyata babi masih dipertahankan walaupun memudaratkan manusia. Rumah sembelihan yang menjadi punca bukannya tak boleh dipindahkan ke tempat lain. Semua ini boleh di bawa berbincang. Ternyata yang mendapat tempias keuntungan dari perpecahan tersebut adalah BN.

Thursday, July 2, 2009

ADUHAI UMNO

UMNO memperjuangkan orang melayu. Betul ke semua ni?
Propaganda inilah yang sering ke udara di kaca televisyen.
Jika betullah semua ini,rasanya tak salah jika saya menegur
sedikit sebanyak.Bukan bermaksud saya menyebelahi mana-mana parti
politik, sekadar menegur apa yang salah.

Selalu sangat kita lihat dikaca televisyen menteri yang ditemuramah menggunakan
bahasa rojak. Sekejap melayu, sekejap inggeris. Seelok-eloknya jika
temuramah tersebut untuk dipaparkan di dalam Malaysia, wajarlah digunakan
bahasa melayu.Jika ingin menggunakan bahasa inggeris,tak salah. Gunakanlah sepenuhnya.
Tak perlu dirojakkan.

Pembangunan pesat di sana-sini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.
Perkara ini harus diberi pujian.Tetapi masalah yang timbul, ramai orang melayu yang
hilang tanah. Memanglah mereka di bayar untuk tanah tersebut.Untuk jangka masa
pendek dapatlah mereka merasai kesenangan dengan duit tu.
Dalam jangka masa panjang pula jangan terkejut jika orang melayu merempat dan terpinggir.
Semua ini jelas sudah pun berlaku, contoh yang terdekat kita boleh lihat ialah
di Pulau Pinang dan Singapura. Dahulunya kesemua tanah
tersebut milik orang melayu.

Bangunan yang dibangunkan terlalu banyak pun untuk apa?
Tak ramai orang melayu yang mampu membeli. Lihatlah sendiri disekeliling kita.
Bangunan besar, rumah kedai, banyak dimonopoli oleh kaum cina. Terbelakah nasib orang melayu
dengan semua ini?

Lesen hiburan kelab malam atau nama
lainnya'Lesen Maksiat' boleh ke dipegang oleh orang islam ? Kalau tak boleh macam mana boleh dapat.
Saya tak mahu menunding jari atau menuduh sesiapa menerima sogokan. Kepada pihak berkenaan,
batalkan sahaja lesen mereka.Umno dulu dan kini nyata berbeza.

http://jebatsari.files.wordpress.com/2008/10/umno_logo1.gif

Wednesday, July 1, 2009

KFC versus RFC

Aku cukup malu bila melihat masih ramai orang melayu yang melahap KFC bahkan ada yang sudah biasakan diri sebagai makanan ruji. Sebelum ni secara terang-terang ramai yang marah dan boikot produk Amerika. Inilah yang dikatakan melayu mudah lupa.. Aku tertarik dengan kewujudan Radix Fried Chicken (RFC). Rasanya kualiti dengan servis memang setaraf malah lebih baik. Produk RFC sememangnya halal tanpa rasa ragu-ragu.. Setiap kali aku melintas depan RFC ramai juga pelanggan yang bukan beragama islam. Lebih menyejukkan mata bila aku terserempak awek bertudung labuh berjalanan berkumpulan datang menjamu selera. Mungkin satu hari nanti RFC akan bertapak di seluruh dunia setanding dengan KFC, Mc D, Pizza Hut dan macam-macam lagi.

Laksa 50 sen penuh semangkuk.

Zaman sekarang ni masih ada ke laksa berharga 50 sen? Selalu kita dengar laksa paling murah pun RM1.50 hingga RM3.50.
Sebenarnya semua tu tak mustahil dan buktinya masih ada di Taman Kenari, Kulim, Kedah. Mak Cik Nab atau
lebih dikenali sebagai Mak Cik Laksa adalah nama yang tidak asing lagi di sini. Perniagaan yang berjalan secara
kecil-kecilan ini masih utuh sejak tahun 2002.Walaupun telah bertahun bertapak,namun rasa dan harga masih sama.
"Kenapa mak cik tak naikkan harga?" soal salah seorang pelanggan. "Jual murah macam ni pun dah ada untung,
lagipun mak cik suka ramai pelanggan rasa masakan mak cik. Kalau jual mahal tak ramailah yang datang." Dengan
tersenyum, beliau terus membungkus laksa yang di pesan.

Ada banyak kisah disebalik pelanggan-pelanggan beliau. Salah seorang dari mereka merupakan pelanggan tetap sejak di dalam
rahim ibu lagi.Kini kanak-kanak tersebut telah masuk darjah satu di sekolah berdekatan. Warung Mak Cik Laksa di jadikan
persinggahan sebelum pulang ke rumah. Berbekalkan wang saku kurang dari RM1.00, kanak-kanak tersebut dapat menikmati laksa.
Ramai juga pelanggan yang merajuk jika warung Mak Cik Laksa di tutup.

Walaupun beliau lebih dikenali dengan jualan laksa, ada juga pelanggan yang meminta beliau untuk menguruskan makanan lain
untuk majlis-majlis tertentu antaranya majlis perpisahan, kenduri arwah, dan kenduri kesyukuran. Kini laksa beliau menjadi kegilaan bagi
dijadikan makanan sampingan untuk kenduri perkahwinan. Insyaallah mungkin jika ada rezeki beliau akan membuka catering sendiri.

Dan dengan laksa 50 sen inilah saya dapat menamatkan pengajian di Cosmopoint Sungai Petani. Terima kasih mak......

Untuk tempahan sila hubungi:
012-5448191 (Pak Long)
(sekitar kulim dan kawasan berdekatan sahaja)


atau email ke:
faizol88@gmail.com